Header Ads

ads header

Flash News

Dr Noor Hisham muncul jadi adiwira Boboiboy


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia muncul sebagai watak adiwira animasi BoboiBoy dalam kempen mencegah penularan wabak Covid-19 di kalangan kanak-kanak.

Iklan pesanan khidmat masyarakat (PSA) berdurasi seminit itu memaparkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggunakan kuasa mencuci tangan untuk menghapuskan virus jahat.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus Covid-19. Kamu hanya perlukan CAPP,” katanya kepada BoboiBoy dan rakan-rakan dalam animasi terbitan Animonsta Studios.

CAPP menurutnya terdiri daripada singkatan “C” iaitu cegah jangkitan Covid-19 dengan mendidik keluarga dan komuniti, “A” (amalkan tingkah laku yang baik bagi melindungi diri dari terkena jangkitan), “P” (patuhi sop dan arahan), dan “P” (pantau kesihatan diri agar tidak bergejala sebelum masuk ke tempat awam).

“Dengan CAPP anda pun boleh menjadi adiwira,” kata Dr Noor Hisham lagi.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Animonsta sejak semalam ditonton lebih 35,000 pengguna dan turut dikongsi di media sosial lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

#Sumber : MMail 

MR :  Hebat... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Tiada ulasan