Header Ads

Header ADS

Gelombang kedua Covid-19: Perancis isytihar darurat


PARIS -
Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada semalam mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar-bandar lain selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Dalam wawancara disiarkan televisyen negara, Macron berkata, perintah berkurung berkuat kuasa mulai Sabtu dari jam 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan bandar lain, lapor Agensi Anadolu.

Selain Paris dan wilayah di sekitarnya, langkah terbaharu itu juga membabitkan bandar Lille, Grenoble, Lyon, Aix-Marseille, Montpellier, Rouen, Saint-Etienne dan Toulouse.

Langkah tersebut dikuat kuasa oleh presiden untuk membantu membendung Covid-19 daripada terus merebak, menurut pegawai kesihatan Perancis kini berdepan gelombang kedua jangkitan.

Kementerian Kesihatan Perancis pada semalam melaporkan 22,591 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 779,063 kes jangkitan. Angka korban pula sudah mencecah 33,037 ditambah 104 lagi kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Macron juga menggesa sebarang perhimpunan yang dianjurkan dihadkan tidak melebihi enam orang.

Ujarnya, mereka yang mendapat bantuan kebajikan dan perumahan akan menerima €100 hingga €150 untuk setiap anak tempoh selama enam minggu.

#Sumber :   - Bernama   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.