Header Ads

ads header

Flash News

Keyakinan pelabur akan berada di tahap sifar: Ku Li


SHAH ALAM -
Keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap negara akan berada pada tahap sifar sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan cadangan untuk mengisytiharkan darurat pentadbiran di negara ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana pada ketika ini ekonomi Malaysia sedang berdepan cabaran getir.

"Sekiranya Perdana Menteri meneruskan cadangan untuk mengisytiharkan darurat yang dicadangkan, saya sebagai ahli ekonomi secara peribadi, bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas Pengerusi Bank Dunia serta IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) boleh memberi jaminan 'ini adalah satu perkara terakhir untuk memastikan perkara itu terjadi' bahawa ekonomi kita sudah hancur.

"Pelabur tempatan dan asing akan menjauhi kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan berada pada tahap sifar," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan darurat pentadbiran.

Sementara itu, dalam satu kenyataan lain, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tindakan Muhyiddin yang enggan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap dirinya di Parlimen jelas membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak lagi mempunyai kesahihan sebagai Perdana Menteri.

Jelas Tengku Razaleigh, beliau mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Kalau tidak, mengapa dia (Muhyiddin) takut untuk melakukan undi tidak percaya?" katanya.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meminta pengisytiharan darurat, Tengku Razaleigh berkata, ia pada dasarnya adalah tindakan yang salah, namun ia tetap dilakukan demi untuk melindungi kedudukannya.

Katanya, seorang Perdana Menteri yang tidak sah adalah tidak bermoral untuk meminta pengisytiharan darurat yang mana bertujuan untuk mendapatkan kuasa dengan tidak bertanggungjawab serta tanpa semak dan imbang.

"Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja tidak seharusnya memperkenan permintaan yang tidak sah dan berdasarkan alasan tipis itu," katanya.

Semalam, mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin di Putrajaya bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Berikutan itu, Muhyiddin telah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang selepas mesyuarat berkenaan.

Hari ini, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Katalah undi tak percaya diadakan, lepas tu apa ada balik krisis politik, pelabur mana nak melabur kalau asyik tukar kerajaan. Lepas tu nak selesai kemelut ni PRU diadakan, itu pun belum tentu selesai. Orang makin lama makin ramai yang mati. Pelabur mana yang nak datang. Baik le selesai covid dulu dengan cara darurat








    BalasPadam
  2. Ku Li juga dilihat mempunyai agenda peribadi, apakah jaminan sekiranya Anwar dilantik menjadi PM, tidak akn Ada usaha utk mnjatuhkan beliau, dgn sokongan yg katanya dtg dr umno yg tidak puas hati dgn pengagihan jwtn utk MP umno, mcm mn pula klu umno mntk jwtn lebih dlm kabinet Anwar yg turut dianggotai dap? Drama akan berulang... Sebaiknya diadakan PRU 15, tp bkn sekarang, tggu sehingga covid reda @ vaksin telah ditemui...

    BalasPadam
  3. Buat undi tak percaya lagilah pelabur jadi sifar. Ku Li ni memang bodoh.

    BalasPadam