Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li hantar usul undi tidak percaya terhadap PM


SHAH ALAM
- Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu.

Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh mendakwa Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.

"Usul tidak percaya ini amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuk kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan perdana menteri.

"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta usul tersebut dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera.

Ia perlu dibuat supaya kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.

#Sumber :  Sinar Harian  

MR :   Masa ni baru tahu MP mana yang sokong Anwar 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ha ha Ku Li. Kau sokong Anwar, kau akan hilang segala-galanya.

    BalasPadam
  2. Ku li ada puluh rubu ekar tanah sawit sekeliling gua musang. Dia nak bela rakyat ke bela diri sendiri? Tahap dia, madey dan anwar 2 x 5 saja.

    BalasPadam
  3. Huhu.. bijak jugak Kuli ni kenakan YDPA.. YDPA cakap ikut lunas2 perlembagaan dan undang2.. kita tgk nanti berani tak Muhyidin luluskan usul tu.. kalau tak berani maka sahlah Muhyidin n PN plak tak hormat lunas2 perlembagaan dan undang2.. makin susah YDPA nak pertahankan kerajaan pilihan majlis raja2 ni.. ni pun YDPA bagi alasan covid19 nak delaykan kemaraan Anwar.. bulan 2 hari tu tak plak macam ni.. cepat je YDPA nak tukar kerajaan n lantik PM... betul2 Anwar bagi game kali ni.. semua kantoi.. dgn majlis raja2 sekali kantoi.. semua pihak dah tak boleh sorok menyebelah pihak mane.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitol layak balik kerala buat roti prata je.

      Padam