Menipu Tak Boleh Sekali, Sekali Menipu Kena Terus-Terusan Menipu
MENIPU TAK BOLEH SEKALI, SEKALI MENIPU KENA TERUS-TERUSAN MENIPU.
Tau tak apa yang aku maksudkan?
Ali: Apa?
Aku: MENIPU TAK BOLEH SEKALI, SEKALI MENIPU KENA TERUS-TERUSAN MENIPU
Maksudnya kalau sekali kita menipu, maka jika disoal, kita kena selamatkan tipu itu dengan tipu yang lain. Maka terpaksa direka-reka dengan tipu yang seterusnya.
Ali: Tak faham la. Contoh?
Aku: Dulu kerajaan PH tipu kata kerajaan BN di bawah Najib dah bankrup. Dah tak ada duit. Duit kerajaan tinggal RM480 juta sahaja. Tak cukup pun nak bayar sebulan gaji kakitangan kerajaan.
Untuk meyakinkan rakyat, PH kena tanam sentimen kebencian terhadap Najib. PH tipu lagi yang kononnya kerajaan PH tak mampu bantu rakyat. Kata mereka, dah kira cukup baik kerana kerajaan sanggup berikan RM30 pada anak muda.
Kemudian PH tipu lagi kononnya kerajaan terpaksa buat pinjaman dari kerajaan Jepun, untuk menunjukkan kononnya kerajaan benar-benar tak ada duit.
PH tipu rakyat lagi, dia lancarkan Tabung Harapan yang kononnya rakyat kena derma untuk bantu kerajaan, sampai guru-guru sekolah sanggup usung tabung tadah pada murid-murid.
Tak cukup dengan itu PH jual aset-aset kerajaan, konon aset-aset tu liabiliti dan kebetulan kerajaan begitu sangat perlukan wang.
PH hentikan bantuan pada para petani, nelayan, peladang dan lain-lain kerana kononnya kerajaan dah tak ada duit.
PH suruh pula rakyat ikat perut.
Begitulah seterusnya. Sekali mereka menipu, maka mereka terpaksa terus-terusan menipu untuk meyakinkan yang kononnya kerajaan yang mereka warisi dari BN sangat tenat.
Ali: Pada mulanya, kenapa PH mesti menipu?
Aku: Macam aku kata tadi, mulanya mereka nak rakyat percaya yang kononnya DS Najib mencuri dan merompak duit rakyat. Mereka nak rakyat percaya bahawa kerajaan sudah tidak mampu bertahan dan akan bankrup kerana Najib. Jadi rakyat akan percaya bahawa Najib adalah penjenayah.
Padahal apabila Perikatan Nasional mengambil-alih kerajaan, Menteri Kewangannya mengatakan bahawa kewangan negara sangat kukuh, ada RM2.3 trillion dalam simpanan.
Ali: Kenapa kerajaan PH memilih untuk menipu rakyat sedangkan masa tu mereka dah pun menang, dah dapat kerajaan?
Aku: Jika mereka tidak menipu, maka sia-sia sajalah segala pertuduhan terhadap Najib. Kalau kerajaan PH berkata bahawa kewangan di Perbendaharaan Negara kukuh, maka segala pertuduhan terhadap Najib yang kononnya dia mencuri dan merompak adalah tidak benar. Maka mereka akan tewas di mahkamah nanti. Rakyat juga akan ‘menghentam’ kerajaan PH kerana menfitnah Najib.
Ali: Patutlah mereka selalu salah titik perpuluhan. Tapi kenapa masih ada lagi rakyat yang masih mahu menuduh Najib perompak?
Aku: Bila hati mereka sudah hitam, kita tidak dapat lakukan apa-apa. Biarlah mereka.
Ali: Mengapa hari tu mahkamah sabitkan Najib bersalah?
Aku: Sebagaimana yang aku katakan tadi, mereka tiada pilihan selain dari menuduh Najib bersalah sedangkan kita maklum bahawa perbicaraan agak berat sebelah. Saksi-saksi utama seperti Jho Low, Nik Faizal, Eric Tan, Jasmine Loo, Terence Geh dan Casey Tang tidak dipanggil memberi keterangan. Hakim pula ditukar di ketika perbicaraan sedang berjalan.
Ali: Memang sial PH ni.
Aku: Tau tak pa.
RAJA ANNUAR ADNAN
12 October 2020
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan