Header Ads

Header ADS

Pertemuan Zahid, Anwar bincang sokongan MP adalah fitnah PH kata sumber


Sumber mendakwa tiada sebarang pertemuan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung sokongan bagi membentuk kerajaan baru.

Menurut sumber, dakwaan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bertemu Anwar bagi membincangkan sokongan wakil rakyat Umno sekadar spekluasi.

"Tiada sebarang pertemuan, (dakwaan bertemu Anwar) itu semua tidak benar. Ia sekadar spekulasi.

"Presiden berpegang kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti bahawa tiada sebarang kerjasama dengan DAP, Anwar dan Dr Mahathir Mohamad," dakwanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, susulan pengumuman Anwar mempunyai majoriti bagi mengambil kerajaan, Zahid mendakwa beliau mendapat tahu ramai wakil rakyat parti itu menyokong Anwar.

Katanya, beliau tidak dapat menghalang jika ahli parlimen Umno ingin menyokong Anwar membentuk kerajaan.

Sementara itu, seorang MT Umno yang enggan namanya dipetik ketika dihubungi berkata, tiada sebarang mesyuarat diadakan parti itu bagi membincangkan kenyataan terbaru Anwar itu.

"Tiada sebarang pertemuan ataupun mesyuarat diadakan bagi membincangkan kenyataan yang dibangkitkan Anwar itu.

"Sebelum ini pemimpin Umno yang nama mereka dikaitkan telah memberi penjelasan, jadi kita tunggu dan lihatlah Selasa ini," katanya.

MR :  Macam-macam cerita dan nampakkan apa yang dibuat itu macam "REAL".. hakikatnya kena kencing  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. P H umpama SIPUT BABI...SIPUT tidak mengaku dirinya BABI dan BABI tidak mengaku dirinya SIPUT...mengapa kau nangis SIPUT..orang kata aku BABI dan mengapa kau nangis BABI orang panggil aku SIPUT

    BalasPadam
  2. umno dan pas dalam MN dah bertekad kekal sokong tsmy hingga pru15, kemudian bertekad menghadapi pru15 bersama. Tak timbul isu mp pas atau umno nak sokong org gila pesalah liwat tu. Meamang anwar ni gila kuasa, world class punya.

    BalasPadam
  3. umno dan pas dalam MN dah bertekad kekal sokong tsmy hingga pru15, kemudian bertekad menghadapi pru15 bersama. Tak timbul isu mp pas atau umno nak sokong org gila pesalah liwat tu. Meamang anwar ni gila kuasa, world class punya.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.