Puad Zarkashi membuat tuduhan kepada Azmin dan Hamzah
Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna naratif “UMNO gila kuasa” dan “UMNO mahu Anwar jadi PM”.
Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar.
Cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow. Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu.
Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya. Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili.
Begitu juga PRN Sabah. UMNO bertanding kerana Shafie Afdal yang bubarkan DUN Sabah. UMNO bertanding secara demokratik.
Tetapi politiking gila kuasa dalam PPBM menyebabkan berlaku pertukaran jawatan Perdana Menteri dalam tempoh seminggu antara Mahathir dengan Muhyiddin.
UMNO mengambil pendirian menyokong kedua-duanya supaya pentadbiran kerajaan terus berfungsi dan kebajikan rakyat tidak terabai. Adakah itu gila kuasa?
Walaupun UMNO majoriti, UMNO tidak menuntut apa-apa jawatan khusus. Azmin yang dikaitkan dengan skandal video samburit diberi jawatan Menteri Kanan paling kanan.
Malangnya di PRN Sabah UMNO ditikam dari belakang. Ia bukan cubaan. Ia adalah betul-betul. Alhamdulillah Hamzah Zainuddin gagal menimbus UMNO di Sabah.
Itulah pencetus kepada keputusan Biro Politik UMNO. Salahkah UMNO menuntut supaya PN diurus atas konsensus parti politik bukan lagi individual MP?
Kalau itu tidak dipersetujui, jelaslah siapa yang gila kuasa. UMNO akan terus bangkit umpama “Biri-biri menjadi singa”.
Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi
MR : Dalam UMNO dan BERSATU masih ada lagi yang suka perpecahan menolak perpaduan Melayu Islam
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tgk ayat arahan tu pun dah tau bkn azmin buat,,udah2 la fuad ko pun bkn bagus sgt zaman bn memerintah sampai skrg
BalasPadamUmno patut syukur pas parti yg korang fitnah tindas hina dulu sangup tolong umno drpd mampus,,,,umno parti tak sedar diri elok lah umno tu mampus parti warisan penjajah
BalasPadampas tolong umno dari mampos???? takbur giler kau ni. pas tak tolong sesiapa kecuali diri sendiri. tolong jangan jadi bodoh sombong
PadamKo baru keluar gua atau baru kenal politik. Jika ko hidup era PAS bergabung dgn Perikatan(slps itu BN) pasti ingat bagaimana isu kafir mengkafir yg tak pernah luput dalam ingatan.
PadamPuad d sabah umno bertanding banyak tapi jelas rakyat jelak benci sakit hsti dgn umno bn yg gagal memajukan sabah setanding lain2 negeri lain,,bn gagal kawal pimpinan umno bn sabah menjarah hasil negeri untuk pribadi,,,org tk buta puad,,percayalah pru15 umno bn tetap d tolak rakyat,,sikap terkini ketika rakyat sesak kerana covid umno terus dengan gila kuasa,,,,moga umnohncur terus
BalasPadamAku rasa parti yang ditolak rakyat pru 15 nanti ialah parti bunga. silap hari bulan kedah n trengganu pun ikut sama terlingkup.
PadamPeruntukan utk Sabah RM34.8 bilion di era Najib. Apa Shafie buat?
PadamApa jasa dia pada rakyat?
BalasPadamapa jasa si midin abah kau kepada rakyat???
Padam