Header Ads

Header ADS

Bajet: Era Dr Mahathir tidak bincang pembangkang


KOTA BHARU
: Ruang pembangkang untuk memberi pandangan serta bersuara terhadap sesuatu isu berkaitan rakyat di Parlimen terbuka luas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, malah ada ketikanya pandangan mereka turut diambil kira walaupun ia tidak disebut secara jelas.

“Pengalaman sewaktu saya di Parlimen selama dua penggal, kerajaan memang mengambil perhatian terhadap pandangan pihak pembangkang.

“Sebahagian daripada pandangan kita diterima pakai, cuma dia tak sebut sahaja, jadi maknanya ruang untuk pembangkang tetap ada,” ujarnya selepas merasmikan program Pentas Akhir Syarahan Perdana Anak Muda Piala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz di Hotel H-Elite Tunjong dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia menyokong Belanjawan 2021 jika diberi peluang meneliti terlebih dahulu kandungan belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November ini.

Menurut Mohd Amar kerajaan mempunyai objektif dan perancangan sendiri dalam menangani kebajikan rakyat menerusi belanjawan.

Katanya, semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah berbincang dengan pembangkang ketika mahu membentang bajet tahunan.

“Untuk itu tidak perlu ada pelbagai alasan untuk menyokong perlu meneliti terlebih dahulu kandungan isi belanjawan,” ujarnya.

#Sumber :   Harakahdaily

MR :  Semasa dia jadi Kerajaan dia pandang sebelah mata pembangkang... dia lupa dia tu banyak tahun pembangkang 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.