Header Ads

Header ADS

Lebih 6,000 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021, kata Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR:
Lebih 6,600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini termasuk lebih 170 cadangan yang diterima susulan perjumpaan bersama ahli politik.

“Secara amnya, cadangan tertumpu kepada sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi kesan-kesan Covid-19 menjelang tahun 2021.

“Antara sektor dengan cadangan tertinggi, termasuklah kesihatan, sokongan pekerjaan, pendidikan dan industri PKS.

“Kementerian sedang memperhalusi kesemua cadangan untuk disertakan dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan pada Jumaat, 6 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zafrul berkata, sesi konsultasi bersama parti politik adalah kesinambungan kepada usaha penyediaan Belanjawan 2021 yang inklusif dan komprehensif.

Katanya sejak Julai, lebih 40 sesi konsultasi diadakan melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniagaan.

“Ini termasuk sesi turun padang ke setiap negeri buat kali pertamanya dalam sejarah kementerian untuk mendekati rakyat dan perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, konsultasi Belanjawan 2021 bersama wakil parti politik negara melibatkan Umno, GPS, PAS, MCA, Warisan dan Pakatan Harapan (PH), yang terdiri daripada PKR,DAP dan Amanah.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak berkepentingan, iaitu rakyat, perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan serta sektor awam dan swasta, yang terlibat dalam proses konsultasi ini,” katanya.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 merupakan fasa ke-5 dalam strategi 6 fasa atau Strategi 6R, iaitu rancangan pemulihan ekonomi kerajaan yang digerakkan sejak Mac lepas.

Katanya, fasa sebelum ini merangkumi pelan rangsangan ekonomi Prihatin, Prihatin PKS+, Penjata dan Kita Prihatin berjumlah RM305 bilion.

“Belanjawan 2021 adalah kesinambungan pencapaian pakej tersebut dan mempunyai 3 matlamat utama, iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi,” katanya.

#Sumber : FMT 

MR :  Zahrul bersifat mudah dan terbuka 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Haha.. kemain baik pulak menteri kewangan hari ni.. takde pulak main psiko2 politik.. baik ade makna tu.. kalau kasar nanti terlingkup kerajaan.. harap2 lepas belanjawan ni lulus kekalkan sifat baik tu.. tak rugi pun.. jgn kali ni je baik.. hari tu dah kenakan LGE ngan Mahathir.. tapi gagal teruk.. sebahagian rakyat memerhati dan menilai..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.