Header Ads

Header ADS

Masjid lantik AJK bukan Islam dikalangan Cina dan India


SEREMBAN -
Melantik orang bukan Islam sebagai ahli jawatankuasa (AJK) masjid boleh dianggap keputusan tidak wajar oleh kebanyakan orang, namun itulah yang dilakukan oleh Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang di sini.

Tindakan berani itu diputuskan oleh jawatankuasa masjid berkenaan antara lain bertujuan mendekatkan komuniti bukan Islam dengan institusi masjid selain memperlihatkan agama Islam sebagai menyebar rahmah.

Pengerusinya, Zulkifli Muhamed berkata, bukan satu perkara baharu penglibatan penduduk bukan Islam di situ dalam program kemasyarakatan dianjurkan oleh pihak masjid.

"Di Taman Rasa Sayang ini ada 200 buah rumah yang mana tiga daripadanya dihuni keluarga berbangsa India dan 18 berbangsa Cina.

"Walaupun tidak ramai, tapi kita tidak pernah pinggirkan mereka dan apa sahaja program bersesuaian dianjurkan, kita ajak turut serta dengan harapan ia dapat beri mesej positif kepada mereka," katanya.

Oleh sebab itu katanya, melihat kesepakatan yang ada dalam kalangan penduduk di situ, pihak masjid bersepakat melantik AJK masjid tambahan dari kalangan India dan Cina secara rasmi pada September lalu.

Beliau bagaimanapun mengakui tindakan pihaknya itu akan menimbulkan persoalan dan salah faham orang Islam, namun sejak pelantikan dua AJK bukan Islam itu, ia memberikan reaksi positif.

"Pelantikan mereka bukan bermakna mereka perlu masuk Islam atau mereka kena hadir program keagamaan dianjurkan tapi kita mahu meletakkan orang bukan Islam sebagai satu subjek atau agenda masjid untuk ambil cakna kerana ia adalah sebahagian cara pemahaman Islam sebenar.

"Kita selalu sebut perpaduan tapi bila soal keagamaan ada di antara kita mula skeptikal antara satu sama lain. Dengan keterbukaan masjid menerima mereka sebagai AJK, ia dapat melahirkan masyarakat berbilang kaum yang lebih memahami dan terbuka, " katanya.

Sementara itu, AJK yang mewakili penduduk India, A Sathiasilan,65, berkata, beliau pada mulanya agak terkejut dengan pelawaan itu kerana menganggapnya luar biasa. 

Sathiasilan

"Tapi apabila pihak masjid terangkan tujuan sebenarnya, maka saya terimanya dengan hati terbuka kerana ia sangat baik dalam memperkukuhkan kefahaman kita antara kaum dan agama.

"Lagipun sepanjang 29 tahun saya tinggal di taman ini, saya sudah terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan dan tidak pernah rasa terpinggir. Kami seperti satu keluarga di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Begitu juga dengan Chew Wei Ling, 39, yang mengakui turut terkejut apabila dipelawa untuk berada dalam komuniti AJK masjid kerana ia tidak pernah berlaku pada mana-mana masjid sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, sejak dua bulan terlibat, beliau seronok dan berpendapat konsep sebegitu boleh memberi satu budaya harmoni masyarakat berbilang kaum khusus kepada generasi muda.

"Saya juga dapat belajar benda baharu antaranya tulisan Jawi menerusi program dianjurkan dan turut diberi peluang menyumbang idea menerusi program kemasyarakatan yang mahu diadakan," katanya




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



7 ulasan:

  1. adap pakaian mesti kena jaga kerana ia adalah aurat dalam islam,

    nota: dinasihat, jangan sekali2 memberi ruang kepada islam liberal sebagai ajk

    BalasPadam
  2. Takdak kelebihan pun, lepas ni nampak la sisi negatifnya

    BalasPadam
  3. berbaiksangkalah.Kadang2 kita banyak berburuk sangka.Banyak uslub/cara berdakwah.Santuni dulu bukan islam ikut situasi setempat.Bina hubungan dengan kaedah pelbagai.Buang rasa jurang dengan masyarakat bukan islam.Akhlak kita akan menjadi pautan untuk mereka dekati dan fahami islam.Hidayah milik Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan suruh lawan tapi beringat2
      Baik buruknya bila libatkan bukan islam dalam tadbir urus rumah ibadat kita

      Padam
    2. Setuju....baik lantik cina Muslim atau India Muslim...sbb mereka lebih faham hukum Dan batas dlm islam

      Padam
    3. Mencari kelainan yg x perlu pung

      Padam
  4. Kita tidak terkejut jika isu ini berlaku di negeri PH kerana kita sudah tahu siapa itu PH dan siapa pemimpin mereka.

    Saat kehancuran bakal tiba, apabila amanah disia-siakan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Seorang sahabat bertanya: Bagaimanakah mensia-siakannya, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: Apabila perkara (urusan) itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran”.

    (HR Imam Bukhari)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.