Header Ads

ads header

Flash News

Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi kata Annuar


KUALA LUMPUR –
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan tidak wajar untuk ahli politik khususnya daripada UMNO mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyelar Pas.

Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak manis sekiranya seolah-olah ada yang memberi kata dua kepada Pas yang merupakan rakan dalam Muafakat Nasional (MN).

Tambah beliau kerjasama di antara UMNO dan Pas sepatutnya lebih diperkasa menerusi MN.

“Dari sudut politik, adalah tidak manis dan tidak bijak untuk kita bertanya seolah memberi ultimatum (kata dua) pada Pas sama ada mahu PN atau MN.

“Bagi yang terlibat dalam menyiapkan Piagam MN akan faham Pas berhak buat ketentuan. Kerjasama UMNO-Pas terus diperkasa kerana ia teras muafakat ummah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sejak kebelakangan ini banyak yang bersuara namun ianya dalam kalangan ‘tin kosong’.

“Semakin banyak ‘tin kosong’ yang berbunyi… Usah dinilai dari volume suaranya, tetapi tengok tengoklah isinya, latar belakangnya dan track record,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menunaikan tuntutan berkaitan Belanjawan 2021.

Puad berkata, tiga atau lima Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cukup untuk membuktikan protes kepada tuntutan yang gagal ditunaikan.

Kemudian Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi respon kepada kenyataan itu dengan berkata, seorang pemimpin sepatutnya mempertahankan sebuah penyatuan yang dibina.

Jelasnya, perpaduan dan kesatuan yang dibina menerusi sebuah kerajaan sepatutnya dipertahankan.

Puad kemudian semalam membalas kembali kenyataan Takiyuddin dengan berkata sepatutnya kenyataannya itu diulas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan Pas.- MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. FUAD Zakarshi…We know what you do last season …PADA rakan GURU2 JOHOR semasa kamu sebagai TIMB M pendidikan…tetapi kita berpegang Buang yang keruh ambil yang jernih bertaut kepada TALI ALLAH muafakat…TAPI kamu dan sekutu masih ada EGO SOMBONG dan DENDAM antara penyakit hati dan BISIKAN SYAITAN…muktamad
    keseorangan itu LEMAH tetapi BERJEMAAH itu KUAT JITU MANTAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul pendapat saudara..setuju..
      Puak tin kosong mcm fuad nie nak bg umno jadi bodoh kali kedua bila jatuh nanti..
      Saya respect annuar musa.

      Padam
  2. Pemikiran TS Annuar adalah first class. Masih lg terdapat puak2 bengong dlm UMNO yg masih menebal dgn egonya yg masih buat2 xfaham tentang kesatuan dan perpaduan utk kepentingan Islam dan bangsa Melayu. Masih ramai lg parasit dlm UMNO yg boleh merosakan segala-galanya. Bukankah fuad ni pernah menjadi ahli PAS?

    BalasPadam
  3. Siapakan timbalan menteri pelajaran yang tidak mempedulikan masalah guru yang disebabkan oleh masalah ICT yang serius yang disediakan oleh kroni pemimpin sendiri ? Bukankah ia bersikap seperti ditaktor ?

    BalasPadam
  4. Tok Mat Hassan kena mainkan peranan (biarkan Zahid tumpukan pd kes mahkamah) utk kawal pemimpin peringkat negeri & bahagian supaya memelihara hubungan dgn PAS.

    BalasPadam
  5. buang jauh2 puak dlm umno yg masih tidak sedar diri sombong dan angkuh... puak2 inilah yg menjahanamkan bangsa tiada halatuju...masih tidak insaf dan sedar dihumban dari puncak kuasa...

    BalasPadam
  6. Puad tu lebih2 takut xdapat kerusi batu pahat kalau UMNO masih bersama bersatu...tu yg main bedal je kuar kenyataan..Puad ingat rakyat suke kot die tu beri kenyataan..rata2 menyumpah si Puad...teruskan anuar Musa...terus kukuhkan muafakat nasional...jgn berpecah lg..

    BalasPadam