Header Ads

ads header

Flash News

Hanya Jho Low boleh jawab kenapa dana SRC masuk ke akaun Najib kata Peguam


Hanya Low Taek Jho dapat menjawab mengapa jutaan dana SRC International disalurkan ke akan Najib Razak, menurut pasukan peguam bekas perdana menteri itu di Mahkamah Rayuan.

Peguam Harvinderjit Singh berkata demikian ketika permohonan mengenepikan sabitan bersalah terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta hari ini.

Pengerusi panel tiga hakim, Abdul Karim Abdul Jalil bertanya kepada Harvinderjit mengapa Jho Low memasukkan RM27 juta dana SRC ke akaun Najib.

Karim: Mengapa Jho Low letakkan wang ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low yang dapat menjawabnya.

Ketika prosiding hari ini, Harvinderjit berkata Jho Low terlibat dalam dalam pengalihan wang yang rumit melibatkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Dia berkata, Jho Low dan beberapa individu lagi terlibat dalam penyaluran wang melibatkan akaun Najib dan Najib tidak tahu menahu tentangnya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dana itu, yang dipindahkan sebanyak tiga peringkat iaitu RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, didakwa dipindah daripada akaun SRC dan melalui beberapa akaun lagi sebelum masuk ke akaun Najib.

Harvinderjit Singh

Ketika prosiding, Karim juga bertanya bagaimana pihak ketiga yang tiada jawatan rasmi dalam SRC seperti Jho Low dapat mempengaruhi pemindahan wang dalam akaun bank syarikat.

Soalan tentang peranan Jho Low dibangkitkan susulan hujah pasukan pembelaan Najib bahawa ahli perniagaan itu dan mereka yang didakwa sebagai sekutunya yang mengaturkan transaksi tersebut.

Karim: Anda kata Jho Low merampas (commandeer) akaun bank SRC tanpa pengetahuan sesiapa?

Harvinderjit: Kami tidak tahu bila dia mampu melakukannya.

Karim: Ini nampaknya menjadi teras hujah pembelaan. Saya cuba memahaminya. Bagaimana mungkin untuk pihak ketiga, yang tidak dinamakan untuk apa-apa kapasiti dalam syarikat (SRC)?

Harvinderjit kemudian berkata, berdasarkan keterangan bekas pegawai bank Joanna Yu, Low mampu membawa wang keluar daripada SRC kerana bekas pengarah eksekutif 1MDB Terence Geh, yang didakwa menjadi sekutunya.

Dia juga berkata Geh menggunakan salinan soft copy surat arahan - yang turut menyertakan salinan tandatangan - untuk memindahkan jutaan ringgit daripada SRC.

Dia mendakwa Jho Low mengarahkan Yu untuk bekerjasama dengan Jerome Lee (seorang lagi didakwa sekutu Jho Low) untuk mendepositkan wang ke akaun Najib.

Menurutnya, keterangan Yu menunjukkan tiada komunikasi antara Jho Low dan Najib berkaitan pemindahan wang itu.

Dia mendakwa Low tidak tahu bila cek dikeluarkan, dan itu menunjukkan tiada komunikasi antara dia dan Najib.

Karim: Macam mana lelaki ini (Jho Low) begitu berkuasa?

Harvinderjit: Kami tidak tahu.

Selain Karim, panel hakim dibarisi Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jho low akan jawab secara online je, tk berani tampil pun. Namun jika jho low jawab najib yg arah masukkan ke akaun dia cmne pulak. Tapi najib akan nafi jugak. Bila nk selesai daa.

    BalasPadam
  2. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    BalasPadam