Header Ads

ads header

Flash News

Suu Kyi dipenjara lima tahun terima rasuah


MAHKAMAH junta Myanmar hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah membabitkan beberapa pemimpin politik kanannya.

Suu Kyi menafikan segala tuduhan yang mendakwa dia menerima rasuah wang tunai AS$600,000 (RM2.6 juta) dan jongkong emas daripada pemimpin politik kanannya.

Pemimpin Demokrasi Myanmar itu telah pun dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana menghasut terhadap tentera, melanggar peraturan COVID-19 dan melanggar undang-undang telekomunikasi - walaupun beliau akan kekal di bawah tahanan rumah semasa beliau melawan tuduhan lain.

Para penyokongnya dan pakar perundangan bebas menyifatkan pendakwaan tersebut tidak adil dan bertujuan untuk menamatkan kuasa pentadbiran yang dimiliki Suu Kyi.

Wartawan telah dihalang daripada menghadiri perbicaraan mahkamah khas di ibu kota yang dibina tentera, Naypyidaw dan peguam Suu Kyi telah dilarang bercakap kepada media.

Suu Kyi menghadapi sejumlah 10 pertuduhan rasuah - setiap satu dengan kemungkinan hukuman penjara 15 tahun.

Beliau juga dibicarakan kerana melanggar akta rahsia rasmi, di mana beliau dituduh bersama ahli akademik Australia yang ditahan, Sean Turnell.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan