Header Ads

ads header

Flash News

Tak perlu imbas MySejahtera ketika masuk premis, tempat awam mulai 1 Mei


PUTRAJAYA:
Kerajaan hari ini mengumumkan orang ramai tidak diwajibkan mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki premis atau tempat awam.

Tetapi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyeru orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

“Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.

“Saya ingin menyeru supaya anda semua mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata individu dengan status “High Risk” pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan masuk ke premis.

Sehubungan itu, Khairy berkata, pihak pengurusan premis bertanggungjawab menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premis mereka.

“Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO),” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan fungsi ‘Hotspot Tracker’ akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit-penyakit lain iaitu rabies (penyakit anjing gila), demam campak (measles), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan denggi.

Beliau menyeru rakyat Malaysia mengambil peluang menggunakan fungsi yang ditambah baik ini terutamanya apabila hendak balik ke kampung, berhari raya ke rumah saudara mara atau pergi bercuti.

“Ini adalah langkah proaktif bagi mengelakkan daripada mengunjungi kawasan yang berisiko tinggi berlaku penularan penyakit berjangkit, terutamanya jika bersama-sama mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai komorbiditi,” tambahnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan