Hina Jata Negara: Suatu tindakan biadab
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera mengantung penjualan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ oleh Kean Wong yang jelas menghina negara.
Secara
khusus, Jata Negara telah diubah dengan cara yang memperolok dan
memperlekeh hingga menampakkannya secara jahat, keji dan hina serta
direndahkan martabatnya. Perbuatan sedemikian terhadap lambang rasmi
negara adalah satu kesalahan yang sangat serius.
Bahkan
penerbitan buku ini dilihat berunsur provokatif, mempertikai,
menyanggah dan cubaan menghasut serta menimbulkan ketidaktenteraman
awam. Ia juga dilihat mengandungi unsur-unsur melampau yang mesti
dicegah pihak berkuasa.
Pemeliharaan
Jata Negara daripada sebarang salah guna termaktub dalam Akta 414
Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan larangan mengguna apa-apa nama atau
lambang atau apa-apa tiruan serupa mengenainya bagi maksud perdagangan,
perniagaan, pekerjaan atau profession.
Seharusnya,
seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghormati dan memelihara
penghormatan dan kedaulatan negara, sementelahan, tarikh sambutan
kemerdekaan yang semakin hampir, di samping tahun 2020 merupakan
ulangtahun ke-50 Rukun Negara.
PAS
mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat individu-individu utama
dalam penghasilan buku ini dan mengambil tindakan selaras undang-undang
kerana jelas motif lukisan pada muka depan buku menghina lambang
kedaulatan negara.
“Islam Memimpin Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 29/6/2020
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 29/6/2020
MR : 22 bulan memerintah, kerjayaan PH membuatkan ada rakyat biadab
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
harap kerajaan dpt bertindak cepat dan tegas hukumqn seberat2nyq mesti dijatuhkan bagi memberi pengajaran kpd org ramai yg tidak tahu menghormati dan menimbulkan suasana tidak tenteram dlm negara ini
BalasPadamBg ja hukuman penjara seumur hidup.sepet sengaja cari pasal
BalasPadam