"Sewajarnya penulis alam siber terutama penulis blog menggambarkan islam agama bagi semua pihak bukan untuk parti politik semata-mata" tegas Ketua Pengarah Biro Tatanegara ( BTN) Datuk Raja Arif bin Raja Ali pada siri perbincangan bertajuk Strategi dan Peranan Penulis Maya pada Himpunan Ulama, Cendiakwan Islam dan Penulis Mata kebangsaaan 2012 di Kuala Lumpur Semalam.
Ini kerana menurutnya penulisan islam berpaksikan kepentingan politik kepartian dilihat mendominasi dunai siber sehingga mendatangkan persepsi negatif mengenai keindahkan islam sebenar yang berkonsepkan wasatiyah.
Raja Arif juga menyeru agar amalan berpolitik masyarakat pada hari ini berlandasakan acuan sebenar agama bagi member mesej bahawa islam adalah murni sifatnya.
" Walaupun Malaysia berbilang kaum, keharmonian berjaya dikekalkan, dan perlu diakui bukan senang menjadi pemimpin disebuah negara majmuk seperti Malaysia" ucap Ketua Pengarah Biro Tatanegara tersebut.
Raja Arif merupakan antara sebilangan tokoh yang terlibat dalam perhimpunan tersebut yang berlansung selama dua hari di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dari 17 - 19 Februari 2012. Seminar anjuran Kelab Sahabat Bina Negara ini diserikan dengan ucaptama dari YAB Perdana Menteri pada 19 Februari 2012 dengan “Bermuafakat Mentransformasikan Ummah” diangkat sebagai tema.
Tokoh lain yang bersama-sama memberikan pandangan ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Harussani Zakaria, Prof Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Hj Ab Majid, Ustaz Fathul Bari Bin Dato’ Mat Jahaya, Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hassan, Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah
Program himpunan ini menyaksikan buat pertama kalinya gandingan permuafakatan di antara Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya diwujudkan bagi menyatukan pendapat dan idea selaras dengan konsep wassatiyah (kesederhanaan).

Post a Comment