Oleh Walid Jumblatt Abdullah
Apa yang kita tahu tentang Iran hanyalah melalui kanta media massa Barat yang sering kali menonjolkannya seperti negara ekstremis, pengganas dan tidak berperikemanusiaan.Keadaan sebenarnya agak berlainan.Hampir kesemua warga Iran yang kami temui sangat peramah dan pemurah. Cara mereka melayan tetamu memang wajar dicontohi.
Saya pernah dikhabarkan bahawa menjadi tradisi orang Parsi memastikan agar tetamu mereka dilayan sebaik mungkin.Iran negara aman. Tidak kelihatan jenayah berleluasa, dan tidak pula kami merasakan diri kami terancam. Tidak pula dilihat pihak polis memukul bantai orang secara sembarangan, seperti yang dipaparkan di media Barat.Wanita mereka pula kebanyakannya bebas dan berdikari - wanita tidak ditindas dan banyak undang-undang yang memelihara mereka. Ramai wanita belajar di universiti (sehinggakan ada universiti yang dikhaskan untuk wanita) dan mereka dibenarkan memandu.Ada juga teksi yang dikhaskan hanya untuk wanita, yang dipandu drebar wanita!
Di Iran, golongan ulama lebih berpengaruh daripada ahli politik.Perlembagaan mereka memastikan pangkat terbesar di dalam sistem politik mereka merupakan seorang ulama atau Ayatollah, dan bukan presiden negara itu. Maka tidak hairanlah jika nilai-nilai Islam dapat dilihat dengan ketara.Contohnya, setiap wanita perlu memakai tudung/hijab di sana, termasuk pendatang dari luar negeri dan wanita bukan Muslim.Banyak negara Barat menentang Iran kerana tidak mahu tunduk pada arahan mereka, khususnya dalam isu program nuklear.Iran menyatakan adalah hak mereka meneruskan program tenaga nuklear, dan bukan program senjata nuklear, seperti yang didakwa pihak Barat.
Negara Arab pula kebanyakannya tidak suka pada Iran kerana Iran negara majoriti Syiah. Daripada apa yang saya saksikan, Iran bukanlah negara yang sangat moden atau maju, namun negara Barat tetap sangsi pada Iran.Pada pendapat saya, Iran satu- satunya negara yang telah menunjukkan bahawa wujud sistem alternatif mengganti sistem Barat: sistem ini berdasarkan ajaran Islam dan peranan besar ulama dalam isu-isu negara serta penolakan sistem sekularisme.Barat pula berfikiran sistem sedemikian boleh menyebabkan Iran menjadi negara ekstremis. Padahal Iran antara negara pengamal demokrasi di Timur Tengah dan Barat bersahabat karib pula dengan beberapa negara Arab yang tidak berdemokratik langsung.Bukan niat saya bersetuju dan mewajarkan semua tindakan pemerintah Iran kerana tiada pemerintah dan negara yang sempurna. Pun hendaklah kita berlaku adil terhadap penilaian kita mengenai Iran.
Ada beberapa istiadat, upacara dan kepercayaan Syiah yang agak berbeza daripada amalan orang Sunni.Namun, banyak perbezaan ini perkara kecil walaupun ada juga perbezaan yang besar dan mustahak. Saya akur mereka orang Islam kerana syahadat mereka sama, Al-Quran mereka sama.Menurut ulama Syiah yang saya temui, kumpulan Syiah yang menambah surah di dalam Al-Quran ditolak sama sekali oleh majoriti orang Syiah dan mereka dianggap sebagai terkeluar daripada Islam.Menurut Dr Ali Shomali, seorang alim Syiah tersohor yang sempat kami temui, baru-baru ini jawatankuasa fatwa Iran mengeluarkan fatwa yang melarang orang Syiah daripada mengutuk sesiapa pun daripada kalangan sahabat dan para isteri Nabi.Pada hemat saya, ini satu langkah yang sangat positif terhadap pemulihan hubungan Sunni-Syiah.Kita boleh berbeza pandangan di dalam beberapa perkara. Namun, janganlah perbezaan tersebut menyebabkan kita bermusuh antara satu sama lain.

Uramunat- Kurdistan- North western Iran
armenian-church-Azerbaijan- North western Iran
a-serene-lake-in-guilan-northern-iran
aali-gaapou-isfahan-iran
-
arg-e-kola-farangi-birjand-iran
-
Asalem-Khalkhal, Gilan-Azerbaijan, North western Iran
-
bagh-e-eram-palace-gardens-shiraz
chahar-bagh-avenue-isfahan
chehel-sotoun-palace-pavilion-isfahan
cottage-in-northern-iran
ferdowsi-toos-khorasan-iran
kohgiluyeh-boyer-ahmad-province-iran
-
lahijan-guilan-province-iran
latian-lake-near-tehran
izeh-south-western-iran
layalestan-gilan-northern-iran
mansion-in-mazanderan-northern-iran
marble-palace-tehran
margoon-waterfall
museum-of-fine-arts-tehran-iran
niasar-isfahan-iran
Lake Urmia-Azerbaijan- North western Iran

outskirts-of-shiraz-iran
parandegan-park-in-isfahan
pear-orchard-shiraz
saayeh-khosh-southern-iran
shahzadeh-gardens-mahan-kerman
-
sistan-baluchestan-province
sobatan-village-Ardebil- North western Iran
traditional-persian-outdoor-teahouse
Uramanat-Kurdistan- North western Iran
vank-cathedral-isfahan-iran
village-of-roodbarak-norhtern-iran
waterfalls-near-shiraz-iran
white-bridge-ahwaz-south-western-iran

Post a Comment