Oleh Firdaus Ahmad
Menurut laporan Susan Loone wartawan Malaysiakini kehadiran orang ramai yang mengikuti program Anwar di Litle India di Pulau Pinang 8 Mac lalu hanyalah sekitar 300 orang. Jumlah yang dikira terlalu sedikit bagi seorang tokoh retorik terulung di Malaysia.
Menurut laporan Susan Loone wartawan Malaysiakini kehadiran orang ramai yang mengikuti program Anwar di Litle India di Pulau Pinang 8 Mac lalu hanyalah sekitar 300 orang. Jumlah yang dikira terlalu sedikit bagi seorang tokoh retorik terulung di Malaysia.
Bayangkan seorang pemidato hebat yang pernah memukau puluhan ribuan pendengar dengan ucapan retoriknya kini di depan mata hanya 300 orang sahaja yang sudi mendengar, itupun dilaksanakan dikawasan terbuka.
Hakikatnya Zaman keemasan Anwar sudah berlalu, kini beliau hanya menghabiskan sisa perjuangan dirinya sahaja dan hanya masa menanti untuk dirinya. Namun ia akan berlaku sekiranya BN tidak alpa atas segala kelamahan dimiliki Anwar sekarang.
Anwar Ibrahim menaiki podium politik bersandarkan kebolehan retorik yang memukau dan kemudian memanipulasi keadaaan sekelilingnya demi kepentingan peribadi. Bukan sahaja manusia malah agama pun dimanipulasi demi untuk mendapatkan kuasa.
Namun perang untuk melawan Anwar Ibrahim ini harus diakui bukan semuda kiraan A, B dan C. Adakalanya musuh Anwar Ibrahim pun bertelagah sesama sendiri bagaimana ingin mencari jalan terbaik kmembongkar segala penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim.
Umi Hafilda Ali dalam satu ruangan di akhbar Utusan Malaysia pada 11 Mac secara nyata dan jelas mengritik wanita UMNO kerana terlalu lemah dalam menghasilkan tindakkan mengempur Anwar Ibrahim, samada teguran tersebut boleh diterima wanita UMNO penulis tidak dapat memberi kepastian.
Malah situasai itu turut sama berlaku di dalam dunia siber, apabila beberapa blog termasuk blog terkenal seperti Unspiner turut mengambil kesempatan untuk membelasah pihak lain yang dirasakan dirinya tidak buat kerja melawan Anwar Ibrahim.
Blog seperti Unspinners seolah menunjukkan kedangkalannya mengenai Anwar Ibrahim apabila secara terbuka mengkritik Ketua Pengarah kepada sebuah agensi kerajaan.
Kata blog tersebut :
“BTN gagal dalam peranan mereka. Gagal tidak berjaya atau sengaja, kami tanya?
Salah sapa ramai salah anggap BTN???? Pastinya bukan salah kami kerana BTN sendiri yang menimbulkan kecurigaan.
Kalau deringe dan ramai penyokong BTN masih bersikap kebudak-budakan dalam berhadapan dengan teguran untuk ugut nak main kasar, banyak lagi kami ada ... Ingat ye, kami hanya menegur dan tidak main kasar. Kalau kami berkasar, BTN apa nak jadi? Kami banyak berfikir sebelum bertindak. Bagaimana anda”
Salah sapa ramai salah anggap BTN???? Pastinya bukan salah kami kerana BTN sendiri yang menimbulkan kecurigaan.
Kalau deringe dan ramai penyokong BTN masih bersikap kebudak-budakan dalam berhadapan dengan teguran untuk ugut nak main kasar, banyak lagi kami ada ... Ingat ye, kami hanya menegur dan tidak main kasar. Kalau kami berkasar, BTN apa nak jadi? Kami banyak berfikir sebelum bertindak. Bagaimana anda”
Blog tersebut seolah jelas mempunyai niat buruk terhadap organisasi kerajaan tersebut, bagaimana dia boleh katakan BTN gagal dan menghukum Ketua Pengarah BTN gara-gara Ketua Pengarah tersebut menjadikan agenda 1 Malaysia sebagai agenda utama organisasi.
Sedangkan Ketua Pengarah tersebut dikatakan baru sahaja setahun dilantik menjadi Ketua Pengarah.
Satu persoalan kepada blog tersebut adakah menjadi kesalahan kepada mana-mana Ketua Jabatan untuk megangkat idea Perdana Menteri untuk difahami seluruh rakyat Malaysia?
Adakah untuk melawan hipokrasi dan pembohongan Anwar Ibrahim kita harus memburukkan peribadi Anwar Ibrahim sahaja, sebagai orang lama dalam dunia maya, Unspiners seharusnya lebih bijak dalam mencari bahan untuk dihidangkan kepada pembacanya yang rata-rata merupakan penyokong tegar Barisan Nasional.
Penulis tidak pasti samada Ketua Editor sekarang sudah bertukar atau tidak kerana kalau penulis memerhatikan gaya bahasa mereka sekarang sudah jauh berbeza dengan gaya bahasa Unspinners sewaktu awal blognya dibuka.
Pelik bukan sifat prasangka wujud hanya semata-mata cara bagaimana ingin memerangi Anwar Ibrahim.
Sebenarnya pada pandangan diri penulis untuk melawan Anwar Ibrahim, tidaklah sesukar mana tetapi kesilapan strategi untuk membaca pemikiran Anwar yang menjadi masalah.
Anwar Ibrahim membina karier politik melalui penerapan idealisme pemikiran, alangkah baiknya pemikiran Anwar itu yang ditentang berterusan. Namun adakalanya kita perhatikan banyak stategi dilakukan membuktikan jentera penyokong UMNO dan BN salah malah yang lebih teruk termakan umpan disediakan Anwar Ibrahim. Hasilnya parti UMNO dilihat masih teruk dan kerja Najib Razak untuk memulihkan dan memberi imej positif kepada UMNO semakin sukar.
Dahulu tidak siapa ingin bercakap mengenai pluralisme agama, tetapi Anwar perlahan-lahan ingin menerapkan fahaman tersebut yang telah dianggap murtad oleh JAKIM kepada sesiapa yang percaya kepadanya.
Cuba kita fikir bagaimana fahaman yang tidak masuk akal itu boleh berada dalam pemikiran Anwar Ibrahim untuk di dotrinisasikan kedalam pemikiran rakyat Malaysia. Malah hari ini kita perhatikan akar pluralisme agama dan islam liberal umpama tunas yang sedang tumbuh.
Tanpa sedar Anwar telah merekrut jentera muda dalam PKR pemikiran mengenai islam liberal melalui tarbiah yang dilakukan rakan seangkatan denganya di Indonesia, setiap tahun ada sahaja pemimpin muda di hantar ke Indonesia.
Namun hari ini buruknya pemikiran Anwar itu telah diketahui dan didedahkan oleh umum, dan kini berduyun-duyun jentera UMNO /BN yang anti kepada Anwar menjadikan ia sebagai hujah untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Penulis tidak pasti siapakah yang menyebarkan pemikiran Anwar yang buruk tersebut. Tetapi penulis yakin ia BUKAN didedahkan oleh The Unspiners ataupun Paneh Miang yang seolah mengatakan diri mereka sahaja hebat memerangi Anwar.
Kepada Unspinners maupun Paneh Miang, mungkin lebih baik kita bersangka baik dari kita berprasangka buruk kepada pihak lain yang belum dikenali. Sesunguhnya kita tidak boleh mengukur diri sendiri bahawa kita hebat dan tepat dalam tindakan.

Post a Comment