Home » » Pembangkang akan laksanakan himpunan BERSIH 3

Pembangkang akan laksanakan himpunan BERSIH 3


Satu lagi perhimpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)  dikatakan bakal diadakan?

Sumber-sumber dalam kumpulan pengawas pilihan raya itu semalam berkata Bersih dijangka mengumumkan tarikhperhimpunan ketiganya hari ini, yang mungkin diadakan pada akhir bulan depan.

Seorang anggota jawatankuasa pandunya yang enggan namanya didedahkan memberitahu sebuah laman media di sini bahawa butir- butir perhimpunan 'Bersih 3.0' itu akan didedah pada satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, demikian lapor laman berita The Malaysian Insider (TMI), semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butirannya walaupun laporan-laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh perhimpunan itu.


Dataran Merdeka disebut-sebut sebagai lokasi perhimpunan itu.
Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesah atau menidakkan khabar angin itu tetapi kelmarin berkata kumpulan tersebut telah bergerak bagi menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.
Perkara itu, jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya bagi menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini, menjelang pilihan raya akan datang.

Sumber itu menambah lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedah, yang akan membuktikan bahawa PSC adalah sekadar hiasan bagi pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menunjukkan keikhlasannya dalam melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia.

'Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,' kata sumber tersebut kepada TMI.
Sembilan anggota panel bipartisan PSC diumumkan Datuk Seri Najib tahun lalu, selepas pentadbiran beliau dikritik berbulan-bulan lamanya berhubung cara ia menangani isu perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 usul yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Cyberita
Share this article :

Post a Comment