Home » » Unspinners sabotaj agenda Perdana Menteri

Unspinners sabotaj agenda Perdana Menteri

Oleh Firdaus Ahmad

Pemansuhan SBPA seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa himpunan bersama penjawat awam di PICC semalam merupakan bukti Datuk Seri Najib Razak responsif terhadap permasalahan penjawat awam.
Pengumunan kenaikan gaji sebanyak 13 peratus kepada pekerja sector awam itu disambut pandangan positif pelbagai pihak.
 Menjadi cabaran kepada Najib Razak untuk memahamkan jentera kerajaan mengenai agenda 1 Malaysia dan Dasar Transformasi Negara.

Namun menjadi persoalan adakah kualiti pekerja sektor awam selari dengan kenaikan gaji. Proses melaksanakan kerja “ala kadar” harus digantikan dengan budaya kerja berprestasi tinggi, begitu juga dengan penghasilan produk adalah seharusnya lebih produktif dan inovatif.
Datuk Seri Najib telah mengumumkan Dasar Transformasi Negara sebagai dasar teras pentadbirannya, dan dibawah dasar tersebut wujud Program Tranformasi Kerajaan (GTP).


Cuba kita bayangkan bagaimanakah rupa bentuk sektor awam dengan bilangan pekerja seramai 1.4 juta sekiranya  mereka menyerap sepenuhnya agenda polisi transformasi yang dicanangkan Perdana Menteri.

Hari ini polisi tersebut menjadi cabaran kepada sektor awam untuk mengubah  cara bekerja, berfikir dan bertindak seperti yang disarankan.
Dasar Transformasi Negara yang merupakan dasar semasa negara dibawah Najib Razak merupakan dasar penting untuk difahami selain memahami agenda 1 Malaysia yang memainkan peranan untuk menyatukan  rakyat Malaysia.

Niat murni Najib Razak untuk merealisasikan Malaysia  menajdi negara maju dikhuatiri gagal sepenuhnya sekiranya masih ramai yang tidak memahami sepenuhnya polisi tersebut.
Penjawat awam yang merupakan nadi kepada kerajaan seharusnya memahami segala polisisi yang ditetapkan, kegagalan memahami akan menyebabkan proses penyampaian  akan terencat, sekaligus pelaksanaan kepada rakyat akan menemui kegagalan. Oleh yang demikian, seharusnya dasar itu dihayati sepenuhnya.

Namun malangnya akhir-akhir ini Ketua Pengarah kepada sebuah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Biro Tata Negara pun di cemuh oleh para penyokong kerajaan  sendiri gara-gara menjadikan agenda memahamkan 1 Malaysia dan Dasar Transformasi Negara kepada umum.

Blog Unspinners dan Paneh Miang mengunakan hujah 1 Malaysia merupakan bukti Ketua Pengarah BTN adalah “Musang berbulu ayam” di dalam agensi kerajaan.
Aneh bukan, gara-gara ingin mengangkat dan menyambut idea Perdana Menteri kepada umum, Ketua Pengarah tersebut dituduh dengan pelbagai tomahan yang tidak sepatutnya.

Pelik dan ajaibnya lagi  dituduh agensi tersebut sekarang merupakan kubu pembangkang dan kubu Anwar Ibrahim.
Sama-sama kita nilaikan, siapa yang sebenarnya musang berbulu ayam.
Share this article :

Post a Comment